Future-Ready-Learners?

Apakah pelajar masa hadapan? 

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Future-Ready"?

Future Design School, salah satu projek Google for Education telah menggariskan Potrait Pelajar yang Bersedia untuk Masa Hadapan.  Dokumen tersebut menggariskan beberapa kompetensi yang penting untuk pelajar.

Kompetensi atau attribut yang dinyatakan adalah:

  1. Kolaborasi
  2. Komunikasi
  3. Kreativiti
  4. Pemikiran Kritis
  5. Pemikiran Reka Bentuk (Design Thinking)
  6. Keusahawanan
  7. Ekuiti dan Inklusif
  8. Visi Global dan Masa Hadapan



Sebagai persediaan anda kepada Konsep dan Peranan Teknologi Pendidikan dalam membina pelajar masa depan membantu pengurusan kelas dan penilaian prestasi pelajar berdaya saing, anda akan laksanakan pelbagai aktiviti menggunakan alat dan teknologi digital dan sasarannya adalah untuk menjadi:

"Pelajar Digital yang Bersedia untuk Masa Hadapan"
(Future-Ready Digital Leaners)


Oleh itu kita akan laksanakan aktiviti pembelajaran bermakna dengan memanfaatkan alat dan teknologi digital bagi mencapai visi kita.  Jadi secara keseluruhannya, pada akhir pembelajaran dalam ruang Digital Learning Object (DLO) ini, diharapkan anda akan dapat mencapai hasil pembelajaran kursus EDUP3133 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang berikut:

1) HPK1 (CLO1)
  • Menjelaskan konsep dan peranan teknologi pendidikan, piawaian ISTE dan pertimbangan untuk pengintegrasian teknologi secara bermakna, perkembangan terkini teknologi pendidikan serta isu dan cabaran pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
  • (C2, HP1)

2) HPK2 (CLO2)
  • Menilai kesesuaian dan keberkesanan media pengajaran dan sumber dalam talian dengan konteks pembelajaran 
  • (C5, A3, HP2,  HP5,  KKG2, KMK7) 

3) HPK3 (CLO3)
  • Mengaplikasi model reka bentuk pengajaran yang sesuai dalam merancang satu pengajaran yang mengintegrasikan pelbagai media pengajaran dan sumber dalam talian untuk pelajar berlainan kebolehan dan keperluan 
  • (C3, A4, HP2, HP5, KKG3, KMK13) 
4) HPK4 (CLO4)
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran multimedia interaktif berbentuk perisian kursus, dalam talian atau aplikasi mobil yang membantu pengajaran dan pembelajaran 
  • (C6, A4, HP2, HP6, KKG7, KMD4)
Anda boleh gunakan navigasi menu pada laman ini atau anda juga boleh tekan pautan pada papan visual.  


0 comments:

Post a Comment

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran EDUP3133.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Telefon

Recent Posts

Pages