Dari Meja Penyelaras Kursus


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya maka Portal EDUP3133 - TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN dapat dibangunkan hasil daripada perancangan yang jitu dan disokong pula oleh warga kerja yang amat komited dan berintegriti. Terima kasih kerana melayari Portal Pembelajaran ini. 
Portal ini dibangunkan dengan tujuan untuk menjadi wahana, khususnya  kepada pelajar guru kursus EDUP3133 - TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN untuk mengakses maklumat berkaitan dengan maklumat kursus dan aktiviti pembelajaran kursus yang akan dan telah dijalankan. Selain itu, juga untuk memudahkan para pelajar guru kursus EDUP3133 - TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN untuk mendapatkan pelbagai bahan yang diperlukan untuk menyokong hasrat pembelajaran kursus ini.  Portal ini juga dapat memberikan maklumat tentang kursus ini dalam memberikan latihan pendidikan yang berkualiti.

Portal ini menjadi pemangkin kepada IPGM ke arah  menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan guru untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik serta bertaraf dunia.  Justeru, diharapkan supaya pelajar guru dapat memanfaatkan portal ini untuk memudahkan urusan pembelajaran 
kursus EDUP3133 - TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Marilah kita bersama-sama berazam, bertekad dan sederap  berusaha ke arah memartabatkan lagi profession keguruan yang kita sanjungi ini.

Terima kasih.

Ts. Mohd Hazlie bin Muhamad
Penyelaras Kursus & Pensyarah 
EDUP3133
TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







0 comments:

Post a Comment

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran EDUP3133.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Telefon

Recent Posts

Pages